24 April, 2009

Tanggungjawab Seorang Muslim

Sesungguhnya seorang mukmin bertanggungjawab pada dirinya dan keluarganya kerana ia merupakan beban yang sangat berat dan menakutkan. Ini kerana neraka telah menanti dia beserta keluarganya di sana dan mereka terancam dengannya jika dia mengabaikan kewajipannya. Maka tanggungjawab ini merupakan kewajipan bagi membentengi dirinya dan keluarganya dari neraka,  yang selalu mengintai dan menantinya di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".
(surah at-Tahrim : 6)

Inilah perkara yang harus disedari sebaik-baiknya oleh setiap mukmin yang bertanggungjawab terhadap diri dan keluarganya. Sesungguhnya usaha yang pertama adalah dirinya sendiri hendaklah bertaqwa kepada Allah dan wajib berpesan kepada isteri dan anak-anak serta kaum kerabat secara umumnya supaya bertaqwa kepada Allah. Iaitu hendaklah kamu menyuruh keluargamu berbuat taat kepada Allah dan mencegah mereka menderhaka kepadaNya dan hendaklah engkau menjalankan perintah Allah kepada mereka dan perintahkan mereka untuk menjalankannya serta membantu mereka dalam menjalankannya. Jika engkau melihat mereka berbuat maksiat kepada Allah, peringatkanlah mereka dan cegahlah mereka.

Sesungguhnya pembentukan masyarakat muslimin itu adalah suatu kewajipan, bukan sekali-kali merupakan perkara yang sunnah. Masyarakat muslim itulah yang akan menjaga dan saling nasihat-menasihati dengan ajaran Islam, memegang fikrahnya, akhlaknya, adabnya dan persepsi-persepsinya. Masyarakat itu hidup dengan berpegang kepada Islam dalam bermu'amalah sesama mereka sehingga lahirlah generasi yang terpelihara dari segala kebatilan dan kekufuran juga kemurkaan Allah SWT.



8 ulasan:

  1. salam..mekase sbb follow blog sy ye..tp kamu follow blog sy yg x update lar..urm, feel free lawat blog ne k..

    http://sufy-destiny.blogspot.com

    tq...

    p/s:o yep, bagus blog ne...keep it up for muslim...

    BalasPadam
  2. salam ukhwah~

    terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya yg tak seberapa tu.

    BalasPadam
  3. salam...trimas coz folow blog syer gak...

    tahniah...martabat kan lagi agama islam kiter...
    trus kan entri spt ini...

    BalasPadam
  4. Salam ukhwah buat anda sekeluarga....terima kasih jua atas follower dari anda !!! Teruskan dengan usaha anda yg begitu murni.... Indah untuk dihayati .....Sampai ketemu lagi.

    BalasPadam
  5. hey thxx,.....siti ka nma??saya efizz,..
    ;p

    BalasPadam
  6. trima kasih krn follow blog sy..

    BalasPadam